
Ramai dalam kalangan kita menganggap Google Keep sekadar aplikasi nota ringkas untuk menyimpan senarai barang dapur atau idea cepat. Namun, dengan beberapa tetapan dan strategi penggunaan yang betul, Google Keep sebenarnya boleh bertukar menjadi sebuah aplikasi produktiviti yang sangat berkesan!
Berikut ialah cara dan tips praktikal untuk mengoptimumkan penggunaan Google Keep dalam kehidupan seharian anda:
Berikan “Makna” Pada Setiap Warna & Latar Belakang

Jangan guna warna secara rawak hanya untuk sedap dipandang. Bina satu sistem visual khas:
Pengkategorian Warna: Tetapkan warna khusus untuk kategori tertentu. Contohnya:
Hijau: Kerja
Biru: Hal Peribadi
Merah: Tugasan Mendesak / Penting
Gunakan Tema Latar Belakang (Backgrounds)


Gunakan latar belakang Sea/Laut untuk nota percutian (jadual penerbangan, hotel, packing list).
Latar belakang Fork & Spoon/Dapur untuk resipi atau senarai barang runcit.
Latar belakang Cinema Reel/Wayang untuk senarai filem/drama yang ingin ditonton.
Dengan cara ini, anda boleh mengenal pasti jenis nota hanya dengan sekilas pandang tanpa perlu membaca tajuknya terlebih dahulu.
Gunakan Peringatan (Reminders) Hanya Untuk Nota Berguna


Jangan letak peringatan pada semua nota kerana ia akan menyebabkan telefon anda penuh dengan notifikasi yang mengganggu (notification fatigue).
Tetapkan peringatan masa (time-based reminder) hanya untuk nota yang memerlukan tindakan segera, seperti bil yang perlu dibayar, dokumen yang perlu dihantar, atau tugasan penting pada hari tersebut.
Sediakan Skrin Yang Kemas Dengan Selalu Mengarkibkan Nota Yang Dah Selesai.



Laman utama Google Keep boleh menjadi bersepah dengan pantas.
Jangan Padam (Delete), Sila Arkibkan (Archive): Apabila sesuatu tugasan atau senarai selesai, tekan butang archive.
Kelebihan: Nota tersebut tidak lagi membuatkan halaman utama bersepah, tetapi maklumatnya tetap disimpan dan boleh dicari semula pada bila-bila masa (seperti senarai barang bercuti yang mungkin anda mahu guna semula tahun depan).
Sambungkan Google Keep dengan AI Gemini




Salah satu ciri paling berkesan ialah menyambungkan Google Keep dengan Gemini (melalui Gemini Settings > Personal Intelligence > Connected Apps > Google Workspace).
Simpan Hasil Perbincangan ke Keep: Anda boleh meminta Gemini membuat draf, senarai semak (checklist), atau mencari idea baharu, kemudian minta Gemini simpan jawapan tersebut terus ke Google Keep.
Carian Pintar Melalui Gemini: Tanpa perlu membuka aplikasi keep dan menaip carian, anda boleh terus tanya Gemini, contohnya: “Tunjukkan maklumat mesyuarat daripada nota minggu lepas.” Gemini akan mencari dan meringkaskan isi penting nota tersebut untuk anda.
Guna Fungsi ‘Keep Live’ Untuk Rakaman Suara Pintar




Fungsi Keep Live membolehkan anda bercakap secara santai untuk menyuarakan idea-idea yang terlintas di fikiran.
Berbeza dengan voice typing biasa yang menghasilkan perenggan panjang yang sukar dibaca, Keep Live menggunakan AI untuk memahami pemikiran anda dan menyusunnya terus menjadi nota atau senarai semak (bullet points) yang kemas dan teratur.
Kesimpulan

Anda tidak memerlukan aplikasi nota yang susah untuk menjadi lebih cekap. Dengan memanfaatkan kelebihan visual, pengurusan arkib, dan integrasi kecerdasan buatan (AI), Google Keep bersedia menjadi pembantu peribadi yang sangat cekap dalam menguruskan seharian anda!
Sumber : https://www.androidpolice.com/google-keep-is-basic-out-of-the-box-these-changes-make-it-productivity-powerhouse/